You are here:  >Home   >Offshore Training  >Commercial Diving Courses  >ADAS Part 1
 


The Southern   
Hemisphere's   
Leading   
Diving School   
 
   
  Pendahuluan      
 

TUCF menawarkan pelbagai kursus penyelam komersil dan persisiran luar pantai (offshore). Berikut adalah penerangan serta pelbagai kursus yang ditawarkan:


 Kerjaya Menyelam (Diving Careers)

Menjadi penyelam komersil adalah satu langkah besar dalam kehidupan seseorang yang ingin bertukar kerjaya. Mengetahui keadaan atau situasi industri serta peluang untuk mendapat perkerjaan selepas kursus adalah faktor yang penting bagi membantu dan mendorong anda mengambil langkah untuk menjadi seorang penyelam komersil.

Selaman komersil merangkumi semua aktiviti menyelam yang dilakukan bertujuan untuk memberi perkhidmatan, perniagaan, penyelidikan dan sebagainya.

Jenis aktiviti yang dilakukan merangkumi selaman pembinaan bawah air, selaman saintifik, selaman ternakan ikan atau makanan hasil laut (aquaculture diving) dan pengajaran selaman rekreasi.


 Kursus Menyelam Komersil (Commercial Diving Courses)

Kursus menyelam komersil yang dikendalikan adalah ADAS Part 1, 2 dan 3, Exceptional Circumstances Recognition of Prior Learning (ECRPL), Hardsuits, Penyelia Selam (ADAS Dive Supervisor), Diving Medical Technician dan sebagainya.


 Kriteria Kelayakan Mengikuti Kursus (Selection Criteria)

Berpandukan kepada AS2815.1 dan AS/NZ2299.1.2007, anda perlu mempunyai perkara berikut sebelum menghadiri kursus:

•  Mempunyai sijil pemeriksaan perubatan selam mengesahkan “medical fitness to     dive”.

•  Umur tidak kurang dari 18 tahun.

•  Boleh berenang dengan cekap.

•  Mempunyai sijil kecekapan menyelam rekreasi Scuba (seperti PADI Open Water     Diver dan sebagainya).

•  Boleh bercampur, tolak, kali dan darab angka nombor penuh, perpuluh, pecahan     angka dan kiraan peratus.

•  Boleh menyelesai formula yang mudah (seperti prinsip – prinsip gas/udara).

•  Kefahaman bertulis dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.


ADAS Part 1

 Sinopsis Kursus (Course Synopsis)

Kursus ini meliputi aktiviti dan kecekapan serta akreditasi yang perlu diperolehi oleh setiap penyelam supaya boleh berkerja dengan mahir dan selamat menggunakan peralatan SCUBA hingga ke kedalaman 30 meter mengikut piawaian AS/NZS 2299.1:2007

 Ringkasan Kursus (Course Overview)

Kelayakan kerjaya selaman SCUBA ke
30 meter adalah peringkat pertama sebagai penyelam komersil. Kecekapan dan kemahiran ini adalah sesuai untuk bidang arkeologi marin, penyelam penyelidikan, penyelam media, penyelam aquaculture dan kejuruteraan.

Kelayakan ini menghadkan seorang penyelam mengguna alat perkakas kecil untuk selaman tanpa hentian (no decompression). Penyelam tidak boleh menggunakan alat perkakas besar yang dikawal dari permukaan seperti power tools, atau selaman yang melibatkan kegunaan kren, airlifts atau winches.

ADAS Part 2

 Sinopsis Kursus (Course Synopsis)

Kursus ini adalah peningkatan seterusnya dari SCUBA ke 30 meter. Kursus ini meliputi aktiviti dan kecekapan serta akreditasi yang perlu diperolehi oleh setiap penyelam supaya boleh berkerja dengan mahir dan selamat dengan menggunakan peralatan Surface Supplied Breathing Apparatus (SSBA) hingga ke kedalaman 30 meter mengikut piawai AS/NZS 2299.1:2007

 Ringkasan Kursus (Course Overview)

Kelayakan menyelam persisir pantai (onshore commercial air diving) ke kedalaman 30 meter adalah peringkat seterusnya dari ADAS Part 1 - Scuba AS2815.1 (Occupational Scuba Diver) di mana penyelam akan dilatih menggunakan peralatan Surface Supplied Breathing Apparatus. Fasa ini mempertingkatkan keupayaan penyelam melakukan pelbagai kecekapan bekerja di bawah air seperti menggunakan peralatan kimpalan dan pemotongan, alat perkakas pneumatik & hidraulik, peralatan salvage, peralatan blaster menggunakan air atau udara mampat dan pelbagai alat perkakas / peralatan lain yang digunapakai dalam industri persisiran pantai (onshore diving industry).

ADAS Part 3

 Sinopsis Kursus (Course Synopsis)

Kelayakan menyelam komersil ini adalah kelayakan yang tertinggi dalam selaman offshore menggunakan udara mampat (air diving) di mana penyelam dilatih berkerja di persisir luar pantai (offshore) hingga ke kedalaman 50 meter menggunakan semua peralatan dan alat perkakas bawah air, peralatan pernafasan bawah air serta kegunaan wet bell, surface decompression with oxygen dan compression chambers(ruang mampatan).

 Ringkasan Kursus (Course Overview)

Kelayakan menyelam komersil dengan menggunakan udara mampat hingga ke kedalaman 50 meter adalah tahap peningkatan dari ADAS Part 2. Tahap ini meningkatkan lagi kecekapan penyelam dalam kegunaan alat pernafasan selam serta berkerja dalam pelbagai situasi. Ini termasuk kegunaan wet bell, ruang mampatan dan pelbagai aktiviti yang memenuhi keperluan industri selaman persisir luar pantai.

 Pengiktirafan Pembelajaran Lepas - Pengecualian Istimewa (Recognition Prior Learning / Recognition Previous Learning - Exceptional Circumstances)

Penyelam berpengalaman yang mempunyai kelayakan dan pengalaman serta akuan professional yang tidak diitirafkan, tetapi telah:-

•  Menjalankan latihan professional serta mempuyai rekod kerjaya yang baik.

•  Beberapa tahun dalam bidang kerjaya sebagai penyelam komersil.

•  Merekodkan semua aktiviti menyelam dalam buku log menyelam.

Pengiktirafan ini boleh diberi oleh ADAS dengan menunjukkan / buktikan kemahiran sesesorang melalui proses penilaian mengikut piawaian ADAS/AS/NZS 2299.2 Diver Competencies - Exceptional Circumstances (RPL-EC).

 Pemeriksaan Perubatan Menyelam

Peserta perlu membuat pemeriksaan perubatan menyelam oleh pakar yang diitirafkan sebelum menjalani latihan di The Underwater Centre Fremantle (TUCF)

Apabila anda membuat temujanji dengan doktor pakar anda perlu memaklumkan pemeriksaan ini adalah untuk menghadiri kursus Penyelam Komersil di Australia mengikut piawaian AS/NZS2299.1:2007 dan AS2815 Part 1, 2 & 3.

Bagi peserta yang menghadiri kursus ADAS Part 1 atau Combined ADAS Part 1, 2 dan 3 pemeriksaan perubatan perlu dilakukan tidak melebehi 90 hari dari tarikh kursus bermula.

Logistik – Kemudahan Tempat Tinggal, Sajian dan Kenderaan

Kemudahan tempat tinggal, makanan halal dan kenderaan akan disediakan untuk peserta luar negara. Ini adalah tawaran pakej menyeluruh bagi memudahkan peserta luar negara yang mengalami masalah menguruskan kemudahan tempat tinggal, makan, kenderaan, visa perjalanan, tiket penerbangan dan lain-lain dengan sendiri.

Sila hubungi staf-berikut untuk keterangan atau matlumat lanjut.

Pentadbiran Kursus dan Tempahan

Hubungi:
Jurulatih Kanan atau Pentadbiran Latihan
Koh Kim Choon Cik Charmaine Millar
kckoh@tucf.com.au cmillar@tucf.com.au
koh01@hotmail.com
Talipon:
Pejabat:
       + 61 8 9336 3343      atau     
+61 8 9336 6762
Fax :
       + 61 8 9336 3345
Bimbit :
       + 61 0403 509 800     
+ 6 012 512 0356
              (Australia)
(Malaysia)


Jurulatih Kanan

Koh Kim Choon

Koh bermula dengan TUCF setelah berkhidmat selama 22 tahun dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dan beberapa tahun di SapuraCrest Petroleum di mana beliau telah berjaya kordinasi dan laksanakan latihan menyelam gas campuran (HELIOX) oleh Sapura/TUCF untuk Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Koh mempunyai kelayakan ADAS Part 1, 2 & 3 dan Penyelia Selam.

Tarikh

Tarikh kursus untuk peserta antarabangsa: Kursus ADAS Part 1, 2 & 3, RPL dan ECRPL

Siri
Mula Tamat
Kursus
Tempoh
14/10
5 Julai 2010
23 Julai 2010
RPL-EC
3 Minggu
15/10
13 September 2010
3 Disember 2010
1,2,3
12 Minggu
16/10
29 Nov 2010
17 Disember 2010
RPL-EC
3 Minggu
12/11
9 Mei 2011
29 Julai 2011
1,2,3
12 Minggu
23/11
12 September 2011
02 Disember 2011
1,2,3
12 Minggu

Perhatian: Tarikh di atas adalah tertakluk kepada pertukaran.

 
   Commercial Diving
   Courses

 ADAS Part 1
 ADAS Part 2
 ADAS Part 3
 Penyelam Komersil
 Hardsuits
 ADAS Dive Supervisor
 Restricted Qualifications
 Prior Learning
 
       
         
 
   On this page
 
 Kerjaya Menyelam
 Kursus Menyelam Komersil
 Kriteria Kelayakan Mengikuti
   Kursus

 Part 1 Sinopsis Kursus
 Part 1 Ringkasan Kursus
 Part 2 Sinopsis Kursus
 Part 2 Ringkasan Kursus
 Part 3 Sinopsis Kursus
 Part 3 Ringkasan Kursus
 Pengiktirafan Pembelajaran
   Lepas

 Perubatan Menyelam
 Logistik
 Pentadbiran
 Jurulatih Kanan
 Tarikh
     
           
             
   


Student scuba divers
(Photo courtesy James Wolf)
 
   


Koh Kim Choon, Ian Millinar and Students